Sebelum 2018 melabuhkan tirai, pengarah Jordan Peele memperlihatkan karya terbaru beliau yang akan ditayangkan pada 15 Mac 2019, Us.

Jordan Peele kembali sebagai penulis, produser serta pengarah untuk karya ini. Us akan mengisahkan satu keluarga yang sedang bercuti. Percutian yang pada mulanya indah berubah tragedi apabila mereka didatangi oleh satu keluarga yang ‘sama’ seperti mereka.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Siapakah keluarga klon ini? Apa tujuan sebenar mereka? Seperti juga filem Get Out arahan Jordan Peele sebelum ini, kami yakin Us akan memberikan pengalaman yang berbeza kepada penonton.

Anda Mungkin Suka