Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menimbulkan kontroversi apabila mengatakan bahawa Singapura masih sebahagian daripada Malaysia. Laman web rasmi itu telah menyiarkan taklimat bersama Setiausaha Negara Mike Pompeo, menyebut lokasi itu sebagai “JW Marriott, Singapura, Malaysia” pada hari Isnin 11 Jun.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Singapura dipilih untuk menjadi tempat pertemuan antara pemimpin pemimpin negara AS, Presiden Donald Trump dan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un untuk mengadakan perbincangan rundingan mengenai program penyahnuklearan di Korea Utara diplomatik dan ekonomi.

Singapore Malaysia

donald-trump-kim-jong-un-meeting-walk

Sumber: timedotcom

Singapura merupakan sebahagian daripada Malaysia selama dua tahun sejak 1963 melalui Perjanjian Malaysia yang membentuk persekutuan antara Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Sebelum keluar pada tahun 1965 dan menjadi sebagai negara Republik.

Kesalahan kecil seperti ini sebenarnya dapat dielak oleh Amerika Syarikat jika mereka lebih peka di mana Singapura sebenarnya. Tidak susah pun. Buka sahaja Google, pasti anda tahu di mana terletaknya Singapura. Yang pasti bukan di Malaysia.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group