Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat akan mengeluarkan saman untuk merampas pelbagai aset hartanah yang mempunyai hubungan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggarkan bernilai lebih USD1 billion di mana aset hartanah itu dibeli menggunakan dana dari 1MBD.

Saman berkenaan akan menghadapkan beberapa individu ke mahkamah dengan salah laku yang dibuat dalam tempoh masa 4 tahun oleh beberapa individu yang menyalahgunakan berbillion dolar dari dana 1MDB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiga nama difailkan dalam saman berkenaan setakat ini; anak tiri Dato’ Sri Najib Razak, Riza Aziz (co-founder Red Granite Pictures), Low Taek Jho atau Jho Low (pelabur dari Malaysia) dan Mohamed Badawy al-Husseiny (pegawai dana kerajaan di Abu Dhabi). Seorang lagi individu, Khadem al-Qubaisi turut dinamakan dalam kes ini kerana bersubahat dalam beberapa kes salah guna dana ini. Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Najib Razak tidak dinamakan dalam saman ini.

Riza Aziz (kiri) bersama  Joey McFarland (co-founder Red Graphite Pictures) dan Jho Low
Riza Aziz (kiri) bersama Joey McFarland (co-founder Red Granite Pictures) dan Jho Low

Dalam saman tersebut menyatakan dana 1MDB telah disalah guna dan dimasukkan ke dalam syarikat Petrosaudi, syarikat yang mempunyai kerjasama dengan 1MDB dan kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun pegawai tinggi dari Malaysia yang dikenali hanya sebagai ‘Malaysian Official One’.

Aset yang bakal dirampas termasuklah beberapa penthouses, banglo mewah, karya lukisan bernilai jutaan dollar dan jet peribadi jenama ‘Bombardier’ bernilai USD35 juta. Menurut laporan yang dikeluarkan Wall Street Journal, antara yang dibeli menggunakan dana 1MDB ini adalah lukisan karya Vincent Van Gogh, La maison de Vincent a Arles yang dibeli oleh Jho Low dengan harga USD 5,485,000 pada 20 December 2013.

Laporan itu turut menyatakan dana ini telah digunakan untuk membeli aset dan untuk menanggung perbelanjaan hidup mewah beberapa individu yang berkaitan termasuk membeli karya lukisan dan barang kemas, membeli hartanah, membayar hutang perjudian di Las Vegas serta membayar artis untuk menyertai parti atau sesuatu majlis.

Jho Low dan Paris Hilton di sebuah parti sekitar tahun 2010
Jho Low dan Paris Hilton di sebuah parti sekitar tahun 2010

Tiada kenyataan dikeluarkan oleh setiap individu dan wakil dari 1MDB buat masa ini. Anda boleh baca laporan penuh berkenaan kes ini di sini. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini.

Sumber