Memiliki Toyota Vellfire sudah menjadi sebahagian daripada simbol kejayaan dan status bagi sebahagian rakyat Malaysia. Sering kali dapat dilihat pemilik Toyota Vellfire merupakan orang kenamaan atau mereka yang berjaya menerusi bidang yang diceburi.

Dalam pada itu, siapa sangka YouTuber dari Malaysia yang baru sahaja menginjak usia 12 tahun sudah berjaya memiliki Toyota Vellfire beliau sendiri. Pemilikan kereta yang diidam ramai ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai tertanya-tanya dengan usaha Alyssa Dezek sejak kecil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan beliau yang bermula dengan minat bermain ukulele sambil bernyanyi melalui platform YouTube sejak usia 6 tahun berjaya meletakkan beliau sebagai 10 YouTuber dengan jumlah pengikut tertinggi di Malaysia. Lebih mengagumkan, jumlah pengikut beliau di YouTube dilaporkan lebih tinggi berbanding para selebriti di Malaysia.

Tidak hanya membuatĀ cover, Alyssa Dezek kini turut mempunyai lagu sendiri iaitu Lagu Untuk Kamu yang sudah berjaya mengumpul 59 juta tontonan dalam tempoh 5 bulan sahaja.

Di sebalik kejayaan beliau memperoleh kereta mewah iaitu Toyota Vellfire, Alyssa Dezek berharap kejayaan beliau mampu memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya kanak-kanak yang sebaya dengan beliau tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk.

Beliau yakin setiap individu mampu hasilkan video yang berfaedah dan kreatif dengan cara yang tersendiri dalam usaha untuk menarik perhatian penonton.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih buat ibunya Suzanner Dezek yang mula memuat naik video di YouTube sejak beliau berusia 4 tahun. Cover lagu Kun Anta difahamkan antara yang melonjakkan nama beliau sekaligus membuatkan beliau dikenali ramai.

Kini Alyssa Dezek dilaporkan sudah mempunyai peminat bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Singapura, Filipina dan juga Brunei. Semoga usaha Alyssa Dezek dalam mengumpul 10 juta pengikut serta mengutip Diamond Play Button tercapai. Tahniah diucapakan buat Alyssa Dezek serta keluarga.

Ketahui lebih lanjut mengenai Alyssa Dezek yang tersenarai sebagai 10 YouTuber dengan jumlah pengikut tertinggi Malaysia dengan klik pautan di bawah.

Gadis Berusia 12 Tahun Ini Tersenarai Sebagai 10 YouTuber Dengan Jumlah Pengikut Tertinggi Malaysia

Sumber