Usahawan muda tidak dibantu oleh menteri muda?

Di hari cuti tahun khinzir yang permai ini, tiba-tiba ramai yang WhatsApp saya bertanyakan perihal usahawan Hausboom yang ‘mengkhinzirkan’ Menteri Belia & Sukan.

Saya cakap terus terang sahajalah kenapa saya dihujani dengan pertanyaan tersebut. Kedua-duanya saya kenal dan ini tidak perlu saya selindung.

Tetapi rakan adalah rakan.

Dalam hal bisnes dan strategi rakan usahawan kita ni, kadang-kadang rakan sendiri juga tidak tahu menahu atau ditanya pendapat sebelum meluahkan perasaan di media sosial.

Jadi, kalau media sosial adalah medannya, biarlah saya juga gunakan media sosial untuk jawab.

Saya tidak perlu ulas bab-bab ‘saya-bagi-ini’ dan ‘saya-janji-itu’ di antara pegawai KBS dengan Hausboom. Itu biarlah empunya badan yang dalam screenshot whatsapp jelaskan.

Apa yang saya mahu jawab adalah betul ke YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini tidak membantu usahawan muda? Atau sembang sahaja?

Ada beberapa fakta yang saya rasa masyarakat perlu tahu. Selama ini saya simpan sahaja rahsia sebab tidak mahu orang ramai fikir kroni lah, Malaysia Lama lah, Jho Low lah.

Tapi memandangkan sudah kecoh isu ini, biarlah saya cerita sedikit:

1) Masa Syed Saddiq mahu pindah rumah Disember lepas, TheLorry tawarkan pakej terbaik untuk servis mereka. Kira harga sedaplah.

Saya yakin tidak ada hitam putih antara pegawai Syed Saddiq dengan Nadhir tentang balasan. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tidak ada, tidak apalah sebab dia pun ikhlas mahu membantu.

Februari ini iaitu baru sahaja semalam, YB Syed Saddiq bantu promosikan servis The Lorry milik Nadhir Ashafiq di Twitter.

Adakah senyap-senyap si Nadhir ni jadi Exco Armada Bersatu? Wallua’alam. Berani dia join Armada tidak beritahu saya.

Untuk rekod, The Lorry adalah antara start-up paling berjaya di Malaysia dengan operasi di 4 buah negara.

2) Kemudian minggu lepas, bukan main seronok lagi pengasas bisnes e-cigarette DethStixMutalib UthmanZulhilmi DaudShairy Hanapiah apabila Syed Saddiq setuju bergambar dengan produk mereka.

Maklumlah, e-cigarette ni benda yang masih belum diundang-undangkan di Malaysia.

Agaknya sebab anak muda Syed Saddiq setuju.

Okeylah ini bab promosi di media sosial dan gambar. Kita patut lihat perkara beyond that.

3) Masa September tahun lepas ada inisiatif CSR bagi bantu anak muda beli rumah kendalian FAR Capital milik Faizul Ridzuan.

Syed Saddiq setuju bantu dengan hadir rasmikan serta mengajak media untuk promosikan kempen Kunci Rumah Pertama.

Nak tahu apa promosi media? Boleh baca sini:

https://www.bharian.com.my/…/perlu-rumah-mampu-milik-di-sek…

http://www.astroawani.com/…/program-kunci-rumah-pertamaku-s…

https://www.edgeprop.my/…/development-land-near-public-tran…

Itu tidak dikira lagi dengan 10,000 data pemohon yang diperolehi melalui program ini. Kos Syed Saddiq kepada mereka? RM0.

4) Oktober 2018, Syed Saddiq bertemu dengan pengasas syarikat drone anak Melayu nombor 7 di dunia iaitu Aerodyne Group.

En Kamarul A Muhamed menceritakan bagaimana penggunaan teknologi Artificial Intelligence yang diguna pakai oleh drone boleh memastikan projek-projek kerajaan siap mengikut spesifikasi serta kos.

20770286_1119290771503766_4633177590201541932_n

Selepas yakin dengan solusi ini, terus beliau minta KSU KBS untuk berbincang dengan JKR, EPU dan agensi kerajaan yang lain agar solusi ini boleh dipanjangkan dan diperhalusi ke peringkat tertinggi.

Kira dapatlah jumpa pihak yang tepat dan kurangkan birokrasi. Kalau tidak, ambil masa berbulan-bulan juga.

5) November 2018, CSQ Law milik peguam muda Shamsul Qamar mahu berkongsi idea bagaimana syarikat Malaysia khususnya anak muda boleh menembusi pasaran Asia Tengah di Kazakhstan dan Uzbekistan melalui kerjasama dengan Pakar Shariah terulung- Dr Daud Bakar.

Ini kerana mereka baru sahaja membuka cawangan di Astana, Kazakhstan dan merupakan firma guaman kedua di Asia yang ada ‘kehadiran’ di sana.

45085768_510423602802305_1837345726003150848_n

Sembang punya sembang, Syed Saddiq minta sebuah badan pemikir untuk lakukan satu kajian komprehensif dan cadangan polisi dilakukan untuk bantu syarikat anak muda Malaysia ke sana.

Kos bagi perkara ini akan ditanggung oleh KBS.

Ini adalah antara pengalaman peribadi saya dan saya akui kesemua ini adalah rakan-rakan usahawan aku sebagaimana Saudara Azri Zahier Azmi.

Hakikatnya ramai lagi usahawan muda yang Syed Saddiq telah bantu baik dari segi promosi, endorsement dan dipanjangkan ke pihak yang tepat.

Ikutkan saya boleh sahaja duduk diam menikmati hari cuti Tahun Baru Cina ini.

Tapi saya rasa adalah tidak adil membiarkan seseorang yang sudah melakukan segala macam usaha untuk bantu usahawan muda di’khinzir’kan.

Radzi Tajuddin
Juga Usahawan Muda