Pengguna Instagram bakal menerima ciri terbaharu iaitu berapa lama anda habiskan masa di media sosial. Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom mengesahkan kenyataan daripada Techcrunch bahawa terdapat kod dalam Android Instagram yang boleh memantau masa yang diluangkan di media sosial.

Bagaimanapun setakat ini belum ada kenyataan yang lebih terperinci mengenai isu tersebut. Beliau turut mengeluarkan dua tweet berkaitan ciri terbaharu ini yang menyatakan ciri ini akan membantu pengguna Instagram untuk lebih peka masa yang diluangkan di Instagram.

Tambahnya lagi, pihak Instagram bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian mengenai isu kesan jangka waktu online terhadap pengguna.

Anda habiskan berapa jam di Instagram untuk stalk crush anda?