Durga Kami, seorang ‘atok’ berusia 68 tahun memakai uniform kemas setiap hari dan berjalan selama sejam untuk ke sekolah. Durga ke sekolah bukan sebagai seorang guru, tetapi sebagai seorang murid walaupun beliau sudah lanjut usia. Beliau kini adalah pelajar tertua direkodkan di Nepal.

Bapa kepada 6 orang anak dan 8 cucu itu memberitahu Reuters beliau tidak dapat menghabiskan pengajian ketika kecil kerana masalah kemiskinan dan disebabkan tiada pelajaran formal, beliau tidak dapat menjadi seorang guru yang merupakan cita-cita beliau sejak kecil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Durga belajar di rumahnya
Durga belajar di rumahnya

Durga juga ke sekolah bagi melupakan kesedihan kerana kematian isterinya. Jika beliau ke sekolah, beliau akan sibuk belajar dan tidak terlalu sunyi berbanding jika beliau tinggal bersendirian di rumah.

Durga mula belajar di sekolah rendah untuk kembali belajar membaca dan menulis. Kemudiannya, beliau menyambung pelajaran di sekolah menengah Shree Kala Bhairab dengan bantuan biasiswa. Biasiswa ini membolehkan beliau mendapat pakaian uniform dan alat tulis seperti rakan sekelasnya yang lain.

Walaupun beliau berjalan menggunakan tongkat, itu tidak mematahkan semangat untuk Durga ke sekolah dan menyertai aktiviti sukan dengan rakan-rakannya yang lain. Rakan sekelas Durga juga cepat menyesuaikan diri dengan Durga dan beliau turut mendapat gelaran ‘Baa’, bapa dalam bahasa Nepal.

Durga turut sama bermain bola tampar
Durga turut sama bermain bola tampar

Memang seorang yang cekal Durga ini. Apa yang kita boleh pelajari dari Durga adalah tiada usia spesifik untuk anda berhenti belajar. “Jika pelajar lain nampak seorang yang tua seperti saya belajar di sekolah, mereka pasti lebih bersemangat untuk belajar,” kata Durga kepada Reuters. Beliau juga berkata yang beliau akan terus belajar sehingga akhir hayatnya. Respect.

U 2

u5

Durga Kami bergambar dengan rakan sekelasnya
Durga Kami bergambar dengan rakan sekelasnya
Sumber