Terokai seluruh dunia pastinya impian ramai orang. Bukan sahaja dapat melihat keindahan sesuatu tempat tetapi dapat juga mempelajari budaya di tempat tersebut dan membuka mata kita.

Terbaharu, seorang wanita yang berusia 90 tahun telah berjaya mencuri tumpuan apabila travel secara solo walaupun usianya sudah lanjut. Wanita tersebut dikenali sebagai Babushka telah berkongsi gambar perjalanan beliau melancong di Instagram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CD1IK-jjm0n/

https://www.instagram.com/p/CD1IFlWjV6k/

https://www.instagram.com/p/CD1IeRSjK_i/

Terdapat banyak negara yang telah dikunjunginya, antaranya adalah Thailand, Vietnam, Istanbul dan banyak lagi. Pastinya kaki travel di luar sana berasa kagum dengan semangat yang ditonjolkan Babushka ini untuk melancong dalam usianya itu.

Pastinya selepas COVID-19 berakhir, para kaki travel akan mulakan langkah untuk menerokai negara luar semula. Jangan pernah berputus asa untuk melancong. Semoga Babushka menjadi inspirasi buat anda semua untuk terokai dunia dan tidak menjadikan usia sebagai penghalang.

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa kisah inspirasi untuk bacaan anda. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Cucu Berjaya Ubah Atuk Berusia 84 Tahun Dengan Gaya ‘Hype Fashion’

Nenek Berusia 90 Tahun Ini Raih Rekod Dunia Guinness Sebagai ‘Streamer’ Tertua

Nenek Berusia 106 Tahun Pulih Dari COVID-19, Kongsi ‘Rahsia’ Untuk Kekal Sihat