Bermula sebagai platform yang menampilkan perkongsian video challenge dan tarian berserta latar belakang muzik, TikTok kini telah berkembang menjadi salah satu aplikasi media sosial yang popular dalam kalangan pengguna Internet.

Walaupun trend penggunaan aplikasi tersebut pada awalnya dilihat lebih popular dalam golongan muda-mudi, namun kini ia dilihat bukan sahaja terhad kepada mereka malah turut disertai golongan dewasa dan yang lebih berusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buktinya, bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 95 tahun juga telah ‘terjebak’ dengan kegilaan aplikasi tersebut apabila beliau kini juga mempunyai akaunnya yang tersendiri di platform tersebut.

Capture

Walaupun akaun yang menggunakan nama chedetofficial itu baru sahaja mempunyai 10,700 pengikut namun akaun tersebut telah disahkan sebagai akaun rasmi Tun Mahathir apabila mempunyai lambang verified di sebelah namanya.

Menyertakan bio yang tertulis Still young (masih muda), akaun TikTok milik bekas perdana menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu sudah pun mencatatkan lebih 30,000 likes walaupun baru hanya memuat naik sekeping video.

Jika anda masih ragu-ragu tentang penyertaan Tun M dalam scene TikTok apa kata anda tonton sendiri video yang baru sahaja dimuat naik di akaunnya beberapa jam yang lalu.

@chedetofficial

64 and still going strong #LoveStory

♬ original sound – chedetofficial – chedetofficial

Video pendek Tun M bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah itu sehingga kini sudah pun merekodkan lebih 200,000 tontonan dan meraih lebih 40,000 sukaan walaupun baru dimuat naik dua jam yang lalu.

Tun M bagaimanapun bukanlah ahli politik pertama di Malaysia yang menyertai gelombang TikTok apabila ahli parlimen dan bekas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq sebelum ini juga turut mempunyai akaun TikTok nya yang tersendiri.

Walaupun sering dipandang negatif tetapi tahukah anda aplikasi TikTok ini bukanlah seperti yang disangka. Ketahui lebih lanjut mengenainya di pautan di bawah. 

Tidak Sekadar Mengajar Mandarin, TikTok Ini Turut Didik Netizen Pantang Larang Masyarakat Cina

Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu

Sumber