Lengkap berpakaian seragam persis bak Sarjan Hassan dan menunggang sebuah motosikal klasik Triumph ‘Bungkus’ ini ialah seorang lelaki berusia 55 tahun yang seringkali menjadi perhatian umum di festival-festival yang mengumpulkan pemilik dan peminat motosikal klasik.

Pemilik motosikal klasik tersebut yang sentiasa memakai pakaian unik ini mesra dikenali sebagai Wak Bakar Otai Retromania atau nama sebenarnya Abu Bakar Bin Jeewol dan beliau merupakan ahli kelab motor vintage Jowo Bros Selangor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dunia permotoran klasik masih menjadi fenomena dan hobi bagi mereka yang berjiwa ‘dua roda kental’ serta sukakan cabaran tak kira muda, tua serta tidak mengira jantina.

wak bakar featured

“Selagi hidup selagi itulah Wak Bakar akan mendalami minat dalam bidang permotoran ini,” kata Wak Bakar ketika ditemu ramah.

Suzuki Cup FR 80cc merupakan motosikal pertama yang diperolehnya ketika berumur 15 tahun dan disitulah permulaan kisah penglibatan Wak Bakar dalam dunia permotoran klasik.

Dalam apa-apa bidang yang diceburi pasti ada cabarannya dan bagi Wak Bakar, ketika sedang berkonvoi untuk ke sesuatu festival, pertandingan atau ke destinasi-destinasi tertentu, perkara paling utama ialah bergerak dalam satu kumpulan dan harus sentiasa mengikut rapat antara satu sama lain.

book recordss

Saling tolong menolong dan prihatin antara satu sama lain adalah sikap yang harus diamalkan ketika berkonvoi dan tujuan sentiasa mengikut rapat antara satu sama lain ialah apabila berlaku kejadian tidak diingini seperti tayar pancit dan sebagainya, pasti rakan-rakan boleh membantu.

Kepuasan dan keseronokan bagi Wak Bakar dalam menceburi dunia permotoran klasik ini adalah apabila Wak Bakar dapat menambah kenalan dari pelbagai tempat, berjumpa dengan rakan-rakan lama serta dikenali oleh orang-orang dari serata tempat.

trophy

Selama kira-kira 40 tahun Wak Bakar menceburkan diri, terdapat beberapa anugerah yang Wak Bakar terima, antaranya ialah ‘Semangat Retro’ dan lain-lain.

“Kepada generasi muda yang ingin menceburi dunia permotoran klasik ini, untuk menjaga motor klasik bukan mudah kerana perlukan penjagaan yang rapi dan alat-alat ganti juga susah untuk dicari, yang penting kena bersedia dari segi mental dan fizikal,” kata Wak Bakar

Minat yang mendalam dan jiwa kental dalam diri Wak Bakar yang membuatkan Wak Bakar masih lagi kental menunggang motor klasik. Terbaiklah Wak Bakar!