Ahmad Marzuki, berusia 26 tahun dan berasal dari Desa Pesanggrahan, Bangkalan, Madura. Sebagai pengguna dan pengedar, Marzuki mengakui bahawa dengan dadah mampu meningkatkan lagi semangat beliau untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.

Lelaki dari Indonesia ini mempunyai alasannya sendiri, dengan mengambil dadah, dia mampu untuk meningkatkan semangat untuk membaca al-Quran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bekerja sebagai seorang ustaz di sebuah pondok mengaji agama, beliau telah menyebarkan fahaman ini kepada semua anak muridnya.

Marzuki sudah menggunakan dadah sejak 10 tahun yang lalu dan ketika ditemui oleh wartawan Vice, beliau merujuk tindakan beliau sebagai sesuatu yang ‘halal’ dan tidak bertentangan dengan al-Quran.

“Saya tahu sabu memang dilarang digunakan oleh negara, namun saya tidak menemukan di dalil Al Quran,” kata Marzuki.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis AKBP, Rama Samtama Putra menyanggah pandangan Marzuki dengan menyatakan bahawa pandangannya salah dan bertentangan dengan agama.

“Kita semua tahu sabu dilarang oleh negara dan juga segala sesuatu yang memabukkan dan memberikan kesan buruk tidak boleh digunakan,” kata Rama kepada Suara.

Kepercayaan Marzuki telah menjerat beliau dengan Undang-Undang Narkotika Pasal 114 yang mengenakan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda sebanyak Rp10 bilion.

Marzuki telah diburu oleh polis sejak dua bulan yang lalu. Beliau berjaya ditangkap ketika menghadiri salah satu upacara kematian tokoh masyarakat di kampung halamannya.

Kehadiran beliau dilokasi disedari oleh orang ramai dan juga polis. Operasi penangkapan beliau dilakukan di rumahnya sejurus selepas upacara pengebumian. Rumah Marzuki digeledah dan dua teman serumah beliau turut ditangkap kerana penyalahgunaan dadah.

Tahun lalu seorang wanita ditahan apabila cuba menyeludup dadah di dalam durian. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Ini Ditangkap ‘Kantoi’ Seludup Dadah Dalam Durian

Warga Asing Rohingya Bawah Pengaruh Dadah Buat Kecoh, Masih ‘Layan’ Walau Direnjat Dan Disepak

Sumber