Baru sahaja ditubuhkan 2 Februari dan setakat artikel ini ditulis, Facebook Group Riak Apa Hari Ini yang memaparkan perkongsian perkara-perkara riak yang dilakukan oleh netizen ini ternyata berjaya menarik perhatian netizen dan telah mengumpul lebih 130,000 ahli dalam masa yang singkat.

Dalam pada kita berhibur apabila melihat gelagat ahli-ahli grup tersebut yang berlumba-lumba memuat naik hantaran gambar aktiviti riak mereka, namun harus diingat bahawa tabiat riak ini tidak sepatutnya menjadi kebiasaan bahkan ia adalah satu kemungkaran terutama bagi mereka yang beragama Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2049AE8F-EDB2-4605-B67D-23B63B4691BE

Lantaran itu, penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk memberikan teguran terhadap admin grup Facebook Riak Apa Hari Ini serta aktiviti-aktiviti riak seperti yang dilakukan ahli grup tersebut yang dikatakan agak keterlaluan ibarat ‘menghalalkan pelbagai kemungkaran dan dosa atas alasan gurauan’.

ustajah 2

“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk emas sampai lengan dan tunjuk harta dengan kapsyen riyak tapi kata gurau.

“Saya mohon kepada admin jangan indahkan perkataan keji ‘riyak’ atas nama gurauan,” kata Ustazah Asma’ Harun menerusi satu hantaran status di Facebook beliau.

riak

Selepas ditegur oleh Ustazah Asma’ Harun, salah seorang admin grup Riak Apa Hari Ini yang dikenali dengan nama Nurul Fairuz tampil menjelaskan perkara yang sebenarnya mengapa grup tersebut diwujudkan.

“Asalnya grup ini hanya sekadar hiburan untuk menghiburkan hati netizen yang terjejas sebab COVID-19 ni dengan membahan ahli-ahli kita yang masing-masing riak di dunia tipu-tipu.

“Kami terima teguran tersebut dengan hati yang terbuka dan tiada niat untuk memperlekehkan golongan miskin atau yang sederhana,” terang beliau.

Para admin grup itu juga menjelaskan bahawa mereka bukan tergolong dalam kategori keluarga bangsawan dan pada sesiapa yang merasakan gurauan ahli-ahli grup tersebut melampau, boleh keluar secara baik.

Sementara itu, baca lagi perkongsian kami yang terbaharu menerusi pautan di bawah.

Raih 70K Ahli Dalam Masa Singkat, Grup Riak Apa Hari Ini Menjadi Serbuan Terbaru Netizen

Rentas Negeri Demi Hadir ‘Wedding’ Sahabat Dan Langgar SOP, Influencer Ini Dicari Pihak Polis

Gadis Ini Tolak Dakwaan Pelajar Malaysia Dipulau Di Korea Angkara Janna Nick Persenda Artis K-Pop