Sebelum ini, video penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin tular di media sosial dimana dia menyelar tindakan suami dan menggelar mereka ‘dayus’ kerana membiarkan doktor lelaki untuk menyambut bayi mereka.
Lantaran itu, seorang pengguna TikTok yang merupakan seorang pegawai kesihatan tampil menjelaskan keadaan tersebut mengikut aspek perubatan serta sudut pandang sebagai doktor selepas dipanggil netizen untuk membuat ulasan.
Baca Juga:
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
@drwanshare Kalau ada doktor perempuan, utamakan mereka untuk sambut baby korang okay 👍 ….#dr1share #doktor #tiktokguru #shouldbeme
Menerusi video terbabit, doktor yang lebih dikenali sebagai Dr. Wan Share itu meminta agar penceramah bebas tersebut untuk menyediakan data sahih berkaitan doktor wanita lebih ramai untuk menyambut kelahiran bayi bagi menyokong dakwaannya.
Malah, dia juga menegaskan bahawa kebanyakan pakar dalam ‘Obstetrics & Gynaecology’ (O&G) sememangnya dari kalangan lelaki. Bukan itu sahaja, Dr. Wan juga mempersoal dakwaan Ustazah Afifah tentang perasaan suami yang akan cemburu kerana membiarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri mereka.
Dr. Wan juga berkongsi penerangan dan penjelasan yang pernah dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai isu yang sama dimana perkara itu dibenarkan sekiranya keadaan darurat.