Seorang wanita dan pasangannya menghadapi detik-detik mencemaskan apabila kereta yang dinaiki mereka dirempuh dari belakang beberapa kali akibat ada pengguna jalan raya tidak sempat brek dalam kesesakan lalu lintas.

Menerusi rakaman video dashcam oleh TikTok @_snowyyyy yang berdurasi 22 saat itu, ketika semua kenderaan sedang berhenti dalam kesesakan lalu lintas, tiba-tiba datang sebuah kerete Hyundai dalam keadaan laju dan tidak sempat brek melanggar Honda Civic yang dinaiki pasangan suami isteri terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam rakaman video itu kelihatan impak pelanggaran itu sangat kuat sehinggakan barangan yang ada di tempat duduk belakang terjatuh daripada kerusi dan cermin mata yang dipakai oleh pemandu tertanggal.

@

♬ –

Menurut wanita yang memuat naik rakaman video itu, semasa kejadian rata-rata pengguna jalan raya ketika waktu itu sudah perasan keadaan lalu lintas yang sesak dan ramai menekan brek semasa mahu turun daripada kawasan flyover.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri itu apabila kereta Hyundai di belakang mereka gagal memberhentikan kenderaannya lalu menyebabkan kemalangan terjadi yang turut melibatkan beberapa buah kenderaan di hadapan mereka.

Dalam pada itu orang ramai turut memuji suami wanita itu kerana segera menanyakan keadaan sambil memegang perut isterinya sedang hamil.

Sumber Gambar: TikTok @_snowyyyy
Sumber Gambar: TikTok @_snowyyyy

Setakat artikel ini ditulis, video asal telah mendapat 6.4 juta tontonan dan lebih 7,000 komen daripada pengguna TikTok.

Orang ramai turut meluahkan rasa bersyukur selepas pemilik akaun TikTok @_snowyyyy berkongsi rakaman video mengenai bayi dalam kandungannya dalam keadaan baik selepas insiden kemalangan teruk yang dialaminya itu.

Netizen turut berkongsi saranan betapa pentingnya penggunaan tali pinggang keledar semasa berada di dalam kenderaan kerana ia dapat mengelakkan pemandu dan penumpang mengalami kecederaan teruk sekiranya berlaku kemalangan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.