Bermula dengan sekadar ura-ura, Aurora Mulia Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dilaporkan berminat untuk memiliki saham dua syarikat akhbar Melayu Malaysia iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo.

Menurut laporan bernama, saham Utusan Malaysia yang sebelum ini dimiliki oleh Dilof Sdn Bhd bakal didapatkan Aurora Mulia sekaligus meningkatkan jumlah saham Aurora Mulia dalam Utusan Malaysia sebanyak 70%.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

gambar-3-1

Difahamkan pembelian ini disifatkan sebagai langkah untuk memastikan akhbar tertua Malaysia iaitu Utusan Malaysia terus kekal selepas 80 tahun beroperasi. Pelaburan ini dilihat sebagai langkah sokongan Tan Sri Mokhtar bagi memastikan sektor pengiklanan, pengedaran serta percetakan Utusan Melayu dapat terus kekal.

Untuk pengetahuan, Aurora Mulia merupakan pemilik saham terbesar Media Prima. Setakat ini, Media Prima merupakan pengeluar kepada surat khabar News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. Syarikat ini juga turut beroperasi yang menayangkan enam saluran percuma di TV dan empat saluran radio.

Sejak kebelakangan ini, Utusan Malaysia dilaporkan mengalami masalah kewangan yang serius. Pada tahun lalu mereka telah menjual tanah di Jalan Tiga dengan nilai RM18 juta. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Utusan Melayu Sahkan Penjualan Tanah Di Jalan Tiga Dengan Nilai RM18 Juta

Utusan Dilaporkan Bakal Henti Operasi Cetakan Rabu Ini

Utusan Sah Meneruskan Operasi Dengan Menaikkan Harga Akhbar

Anda Mungkin Suka