Kecoh sejak isnin lalu apabila Utusan selaku akhbar tertua Malaysia dilaporkan bakal menghentikan cetakan pada 21 Ogos selepas menghadapi masalah kewangan sejak beberapa bulan yang lalu.

Disaat syarikat ini sedang tenat, Utusan dilaporkan akan meneruskan perjuangan cetakan akhbar dengan menaikkan harga cetakan dimana Utusan Malaysia dijual pada harga RM2 manakala Kosmo! dengan harga RM1.50. Strategi kenaikan harga akhbar ini dibuat bagi menampung kos operasi dan jumlah cetakan yang semakin rendah setiap tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu, Abd Aziz Sheikh Fadzir turut menyeru orang ramai untuk sama-sama membeli Utusan Malaysia sebagai tanda sokongan serta memastikan mereka dapat terus beroperasi. Selain itu, peningkatan jumlah pembaca juga sekaligus membolehkan syarikat ini menjual lebih banyak iklan kepada pihak syarikat.

Berdasarkan laporan daripada The Edge Markerts, Utusan kini dinilai dengan harga RM8 juta manakala untuk suku tahun kedua bulan ini syarikat ini terpaksa menanggung rugi sebanyak RM3.89 juta berbanding RM18.85 juta pada tahun lalu.

Melihat kepada keadaan semasa dimana orang ramai cenderung untuk mendapatkan berita melalui platform digital, Utusan turut memperkenalkan Utusan Digital dengan harga langganan RM50 setahun bagi mendapatkan berita dan info terkini.

Baca lagi: Utusan Melayu Sahkan Penjualan Tanah Di Jalan Tiga Dengan Nilai RM18 Juta