Jika pada hari semalam dilaporkan Utusan Malaysia dan Kosmo dijual kepada Aurora Mulia, pada hari ini kita dikejutkan dengan sebuah memo dimana lebih 700 kakitangan Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd bakal ditamatkan tugasan berkuat kuasa hari ini.

Tindakan drastik ini dibuat susulan keputusan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir yang bakal mengumumkan bankrap secara sukararela di sidang media. Langkah ini juga dibuat selepas syarikat ini gagal menampung kos operasi meskipun sudah menjual beberapa aset milik mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
EEC7FA0A-F83C-4D49-8C88-9B65581AFF7F
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir. Sumber: The Star

Difahamkan tindakan mengumumkan bankrap secara sukarela ini dibuat bagi mengelakkan daripada membayar sebarang pampasan kepada pekerja serta bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Berdasarkan laporan yang dikongsikan, difahamkan kesemua kakitangan kini sudah diarahkan untuk mengosongkan meja masing-masing selewat-lewatnya jam 1 tengah hari ini manakala wartawan dan jurugambar juga tidak lagi membuat tugasan pada hari ini. Berikut kami kongsikan memo yang diterima.

Memo Utusan Melayu

Memo Utusan Mealyu 2

Phak Utusan juga dijangka bakal membuat sebuah sidang media tergempar jam 12 tengah hari ini di ibu pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin mengenai kemelut yang melanda.

Melihat kepada penutupan syarikat akhbar Melayu ini, nampaknya masih berbaki beberapa sahaja lagi akhbar persuratkhabaran Melayu yang masih terus beroperasi.

Pastinya hari yang menyedihkan buat mereka yang membesar membaca Utusan Melayu serta kakitangan syarikat ini. Kami kongsikan kepada beberapa artikel lain berkaitan Utusan Melayu sebelum ini.

Utusan Malaysia Dan Kosmo Dijual Kepada Pemegang Saham Media Prima

Utusan Melayu Sahkan Penjualan Tanah Di Jalan Tiga Dengan Nilai RM18 Juta

Sumber