Sejak akhir-akhir ini, Utusan Melayu seringkali dilanda dengan masalah kewangan. Kerapkali kalah dalam kes saman serta jumlah penjualan akhbar yang kian menurun antara yang menggugat kewangan syarikat ini.

Dalam usaha untuk meningkatkan jumlah kewangan, Utusan Melayu baru-baru ini telah mengesahkan penjualan Tanah di Jalan Tiga dengan keluasan 4,715 meter persegi kepada Strong Skyhutch Sdn Bhd. Difahamkan nilai yang dipersetujui kedua-dua pihak adalah RM18 juta.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Bursa Malaysia, penjualan tanah ini membolehkan pemilik baru mendapat akses bangunan Utusan Melayu sebaik sahaja perjanjian kedua-dua pihak ini selesai.

Untuk pengetahuan anda, tanah di Jalan Tiga ini mula dibeli Utusan Melayu pada tahun 1979 dengan nilai RM813,191 sebelum dijual kepada Strong Skyhutch Sdn Bhd.

Sumber