Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai RM17.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 berbanding kerugian sebelum cukai RM83.65 juta pada 2014.

Pendapatan jatuh kepada RM248.38 juta berbanding RM291.20 juta sebelum ini, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi suku keempat, syarikat penerbitan itu merekodkan keuntungan sebelum cukai RM25.57 juta berbanding kerugian pracukai RM45.20 juta dalam suku sama sebelumnya manakala pendapatan merosot kepada RM67.45 juta berbanding RM76.51 juta sebelum ini.

“Pendapatan bagi suku dalam semakan jatuh 11.8 peratus daripada suku sama tahun sebelumnya disebabkan penurunan dalam segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan,” katanya.

Utusan Melayu mengunjurkan cabaran berterusan pada 2016 disebabkan isu-isu yang menjejaskan sentimen pengguna termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta kelembapan ringgit yang akan menyaksikan kenaikan kos bahan mentah tertentu.

“Bagaimanapun kami akan berusaha untuk mempertahankan penguasaan pasaran kami dalam edaran akhbar dan pendapatan pengiklanan sambil menyusun strategi mencari aliran pendapatan baharu dengan mempelbagaikan portfolio perniagaan kami.

“Kumpulan akan terus melaksanakan langkah kawalan kos yang ketat dan menambah baik kecekapan operasi bagi mengekalkan kelangsungan kami.

“Kami akan sentiasa menumpukan kepada pengukuhan struktur dalaman kami bagi memastikan asas yang kuat untuk kumpulan melaksanakan pelan masa depan,” katanya.

BACA: Mungkin Kisah Honda Ini Boleh Bantu Keputusan Final Anda Yang Biasa-Biasa Menjadi WOW!

Sumber