Sejak pandemik menyerang dunia, orang ramai sering mengharapkan kehadiran vaksin untuk memastikan dunia dapat kembali normal semula. Penantian selama lebih setahun ini telah menghasilkan beberapa vaksin COVID-19 terdiri daripada Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan sebagainya.

Kehadiran vaksin ini membuatkan orang ramai teruja sekaligus membuatkan ramai yang berminat untuk mendapatkannya dalam usaha untuk memudahkan pergerakan pada masa akan datang serta mengurangkan risiko dijangkiti wabak COVID-19.

Vaksin AstraZeneca Tidak Diiktiraf EU
Sumber: Bloomberg

Dalam pada itu, laporan daripada CodeBlue baru-baru ini menjadi perhatian dunia selepas memaklumkan vaksin AstraZeneca yang ditawarkan di Malaysia tidak diiktiraf oleh EU Digital COVID Certificate.

Difahamkan vaksin AstraZeneca yang ditawarkan di Malaysia dihasilkan oleh SK Bioscience dari Korea Selatan serta Siam Bioscience dari Thailand. Malah, vaksin AstraZeneca yang baru sahaja dihantar Jepun ke Malaysia baru-baru ini dilaporkan juga turut tidak menerima pengesahan daripada EMA.

Sementara itu, vaksin AstraZeneca (jenama Vaxzevria) dan dihasilkan oleh Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan China berjaya mendapat pengesahan European Medicines Agency (EMA).

Sementara itu, pihak World Health Organization (WHO) telah mengesahkan vaksin Sinovac yang kini ditawarkan di Malaysia selamat untuk disuntik. Walau bagaimanapun, pihak EMA memaklumkan vaksin Sinovac serta vaksin Sputnik V keluaran Russia masih lagi dalam pantauan dan kajian.

PTJ04_23122020_SIDANG MEDIA
Sumber: The Star

Pihak CodeBlue telah berhubung dengan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin bagi mendapatkan kepastian sama ada beliau telah berhubung dengan kesatuan EU untuk mengiktiraf vaksin AZ yang disuntik kepada rakyat negara ini.

Sementara itu, presiden Filipina pada bulan lalu memaklumkan sedia menyumbat rakyatnya yang enggan mendapatkan vaksin COVID-19 ke dalam penjara. 

Presiden Filipina Mahu Sumbat Rakyat Yang Enggan Vaksin COVID-19 Ke Dalam Penjara

Israel Langgar Janji, Hantar Vaksin Hampir Tarikh Tamat Tempoh Kepada Palestin

Sumber