Sebut mengenai Bill Gates pasti orang ramai cukup mengenalinya. Sinonim sebagai pengasas Microsoft, Bill Gates turut terkenal dengan sikapnya yang suka menderma khususnya melalui yayasan Bill & Melinda Gates Foundation.

Terbaharu, di saat dunia sedang diserang dengan wabak COVID-19, Bill Gates melalui yayasan beliau dilihat tampil menghulurkan bantuan mencecah $40 bilion (RM174.56 bilion) kepada pihak yang memerlukan bagi meredakan pandemik COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
104924148-GettyImages-671289918-bill-melinda-gates
Sumber: CNBC

Tidak hanya menawarkan sumbangan, Bill Gates juga dilaporkan sedia melabur sebanyak $250 juta (RM1.09 bilion) dalam usaha untuk menghasilkan vaksin bagi wabak COVID-19.

Menurut Bill Gates, pasukannya sedang bekerja keras dalam mengumpul sampel serta menghasilkan beberapa vaksin dalam usaha untuk mendapatkan formula terbaik bagi menangani wabak ini. Beliau juga turut mengatakan vaksin pasukannya dijangka dapat dilancarkan seawal 18 bulan daripada sekarang.

Untuk pengetahuan, Bill Gates sudah mulai menjangkakan kehadiran pandemik sejak pada tahun 2015 lagi. Beliau menjangkakan kehadiran pandemik ini melihatkan kepada kitaran setiap 100 tahun sekali dimana dunia turut diserang dengan pandemik pada tahun 1820 dan 1920.

Bill-Gates-Ted-Talk-Pandemics-2015
Bill Gates di Ted Talk pada tahun 2015 mengulas mengenai kehadiran wabak yang bakal menyerang orang ramai

Sebaik sahaja wabak COVID-19 mulai menyerang, Bill Gates secara rasminya mengumumkan pihaknya sedia untuk melaburkan wang serta dalam usaha untuk menghasilkan vaksin.

Meskipun usaha Bill Gates untuk menghasilkan vaksin merupakan perkara yang baik, tindakan beliau sejak pada awal wabak COVID-19 mulai menyerang seolah-olah membuatkan orang ramai skeptikal dengan beliau. Tidak kurang juga yang berpendapat pengenalan vaksin daripada Bill Gates membolehkan beliau merampas takhta sebagai manusia terkaya dunia semula.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Kami kongsikan kepada beberapa lagi info mengenai Bill Gates yang pernah beliau lakukan sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Bill Gates Letak Jawatan Lembaga Pengarah Microsoft Untuk Fokus Dengan Kerja Kebajikan

Bill Gates Kongsi Penyesalan Terbesar Dirinya Bernilai RM1.66 Trilion

Bill Gates Bukan Lagi Manusia Kedua Terkaya Dunia