Vaksin COVID-19 yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia menjadi bualan ramai apabila pihak kerajaan bakal menanggung kos vaksin berjumlah RM77.35 bagi setiap seorang penduduk di Malaysia.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau telah menjelaskan bahawa suntikan vaksin secara percuma akan diberikan menerusi Program Imunisasi Kebangsaan di mana ia akan melibatkan 82.8 peratus populasi atau 26.5 juta individu.

“Ia melibatkan kos keseluruhan RM2.05 bilion di mana peruntukan tersebut adalah kurang dari Belgium yang memperuntukkan RM1.38 bilion untuk 16.75 juta rakyatnya.

“Ini bermakna jumlah peruntukan oleh Belgium bagi setiap rakyatnya adalah sebanyak RM82.40,” jelas beliau dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab persoalan mengenai tindakan kerajaan dalam memerlukan RM3 bilion bagi mendapatkan vaksin untuk 6.4 juta rakyat Malaysia.

Terdahulu, terdapat perdebatan mengenai harga vaksin oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dengan membandingkan harga vaksin di Belgium 20 kali ganda lebih murah daripada harga yang diperuntukan oleh kerajaan.

Sebelum ini, Kit Siang telah menjelaskan persoalan tersebut timbul menerusi ciapan yang dibuat oleh Setiausaha Negara Belgia, Eva De Bleeker yang secara tidak sengaja mendedahkan bahawa negaranya membayar kira-kira RM60 bagi setiap dos vaksin Pfizer COVID-19.

Baca perkongsian kami yang sebelum ini mengenai negara Singapura sebagai negara Asia yang pertama bakal menerima vaksin COVID-19.

Singapura Muncul Negara Asia Pertama Terima Bekalan Vaksin COVID-19

Mahu Yakinkan Rakyat, Lim Guan Eng Cadang Ahli Parlimen Jadi Orang Pertama Terima Vaksin

Sumber