Vaksin COVID-19 yang ditawarkan kepada Malaysia oleh Fasiliti Akses Global Vaksin COVID-19 (Covax) menerusi pelan peruntukan vaksin COVID-19 global berharga USD$21 (RM87.60) sebotol.

Dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata rundingan dengan Covax mengenai proses perolehan vaksin kini berada di peringkat terakhir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rundingan ini turut membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Peguam Negara itu sedang meneliti beberapa klausa perjanjian dalam Covax.

“Kita harap dapat tandatangani Covax dalam waktu terdekat. Cuma ingin dijelaskan Covax hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin Covid-19.

“Sebahagian besar daripada perolehan ini akan dicapai menerusi rundingan dua hala dengan negara berkaitan,” katanya.

Manakala Pakar Perunding Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zamberi Sekawi berkata bahawa terdapat empat bahan asas dalam setiap vaksin yang dihasilkan.

Bahan utama seperti antigen akan berfungsi merangsang tubuh untuk menghasilkan antibodi bagi membunuh virus di dalam badan, manakala tiga lagi bahan asas terbabit adalah pengawet, penstabil dan anitibiotik.

“Tindak balas antibodi ini terhasil dalam tempoh di antara seminggu hingga dua minggu selepas individu menerima suntikan vaksin.

“Ia (antibodi) menghalang individu daripada terkena jangkitan seperti influenza, polio dan meningitis (keradangan selaput otak serta saraf tunjang),” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Malaysia menjadi negara awal yang bakal menerima vaksin COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Malaysia Bakal Menjadi Negara Terawal Terima Vaksin COVID-19

China Mahu WHO Pertimbang Guna Vaksin COVID-19 Keluaran Mereka Di Seluruh Dunia

Lelaki Di Indonesia Positif COVID-19 Selepas Disuntik Dengan Vaksin ‘Made In China’

Sumber