Sejak Rusia mengumumkan vaksin COVID-19 sekaligus menjadi vaksin COVID-19 pertama yang didaftarkan secara sah, dapat dilihat negara-negara lain juga tidak mahu melepaskan peluang dalam memperkenalkan vaksin buat pandemik ini.

Terbaharu, negara Indonesia yang terkesan teruk dengan pandemik COVID-19 dilaporkan sedia membangunkan vaksin yang dinamakan sebagai Merah Putih yang melambangkan warna bendera negara mereka seawal pertengahan tahun 2021.

https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_3_8_4_5_28115483-4-eng-GB_Cropped-1594173894AA用P①ロゴ焼込用)ジョコ大統領20200708103021072_Data
Sumber: Nikkei Asian Review

Menurut Presiden Indonesia Joko Widodo, penyelidikan dan pembangunan vaksin ini kini sedang dijalankan di Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM) menerusi kerjasama syarikat dari China menggunakan DNA virus asli Indonesia. Tambahnya lagi, pengeluaran awal vaksin ini secara tidak langsung membuatkan Indonesia menjadi negara terawal di Asean yang menghasilkannya.

Dilaporkan sebanyak 290 juta dos vaksin bakal dihasilkan menjelang akhir 2021. Dalam pada itu, kes di Indonesia didapati terus meningkat dimana sebanyak 1,877 kes positif dan 79 kematian telah direkodkan setakat semalam sahaja.

Diharap kehadiran vaksin dari beberapa buah negara ini secara tidak langsung dapat mengurangkan penularan wabak ini sekaligus menamatkan rantaian COVID-19.

Tular sebelum ini apabila imam di Indonesia nekad ke masjid untuk pimpin solat terawih meskipun disahkan positif COVID-19.

Imam Di Indonesia Nekad Ke Masjid Untuk Pimpin Solat Terawih, Tidak Percaya Dirinya Positif COVID-19

Gara-Gara Pulang Dari Jakarta, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

Sumber