Malaysia akan mendapatkan bekalan awal vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini secara percuma, lapor Awani.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Malaysia telah menyelesaikan perjanjian dengan syarikat farmaseutikal multinasional Amerika pada 24 November 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Melalui perjanjian ini, Pfizer telah bersetuju untuk memberikan satu juta dos pada suku pertama tahun depan, diikuti oleh 1.7 juta dos pada suku kedua, 5.8 juta pada suku ketiga dan 4.3 juta dos pada suku keempat.

“Vaksinasi akan dilakukan secara berperingkat dan akan mengutamakan kumpulan berisiko tinggi yang lebih rentan terhadap Covid-19,” katanya dalam dalam satu kenyataan media pada 27 November 2020.

Siapa yang akan diberi vaksin dan berapa harganya?

Kumpulan utama yang akan diberi vaksin termasuk kumpulan barisan hadapan, orang tua, pesakit dengan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, diabetes, penyakit pernafasan kronik dan lain-lain

Vaksin ini adalah percuma untuk seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun, bagi warga asing, bayaran akan dikenakan. Harga tersebut akan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lapor Utusan Malaysia.

Adakah vaksin ini selamat?

Menerusia perjanjian dengan Pfizer, Malaysia akan diberi akses ke atas data vaksin keluaran mereka. Ini bermaksud kerajaan boleh mengetahui tahap kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin terbabit.

Menurut data dari Pfizer, vaksin keluaran mereka mempunyai kadar keberkesanan 95 peratus.

Dalam masa yang sama, syarikat itu masih menunggu kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), kelulusan dari negara pengeluar dan kelulusan dari Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA) sebelum dapat digunakan di Malaysia, lapor New Straits Times.

Adakah terdapat penyedia vaksin lain juga?

Muhyiddin menambah bahawa Malaysia juga telah menandatangani perjanjian dengan pembangunan vaksin Covax Facility untuk mengimunisasi 10 peratus penduduk Malaysia.

Secara keseluruhan, sekitar 30 peratus rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada vaksin.

“Kementerian Kesihatan, bersama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, sedang dalam perbincangan aktif dengan syarikat di seluruh dunia untuk mendapatkan akses yang cukup kepada vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, WHO menyatakan walaupun terdapat vaksin, COVID-19 tidak akan hilang. Klik pautan di bawah untuk membaca.

WHO Kata Walaupun Ada Vaksin, COVID-19 Tidak Akan Hilang

Syarikat Dari Amerika Syarikat, Pfizer Berjaya Hasilkan Vaksin Dengan 90% Keberkesanan

Gara-Gara Mahu Wajibkan Penumpang Ambil Vaksin, Qantas Airways ‘Diserang’ Golongan Antivaksin