Vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNTech dijangka tiba pada 21 Feb ini, kata Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Manakala Muhyiddin turut berkata bahawa pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pula akan bermula 26 Feb dan beliau sendiri akan menerima suntikan vaksin pada hari itu bersama petugas barisan hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut melancarkan panduan Program Imunisasi Nasional dan mengumumkan slogan rasmi untuk program imunisasi terbesar dalam sejarah Malaysia ; Lindung Diri, Lindung Semua.

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menjadi orang pertama di Malaysia yang menerima vaksin untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatannya.

Pada bulan Januari, Muhyiddin mengatakan bahawa hampir 27 juta atau lebih daripada 80% penduduk Malaysia dijangka akan diberi vaksin terhadap COVID-19 pada suku pertama tahun 2022.

Muhyiddin mengatakan ini dalam pengumuman khas mengenai pakej perlindungan ekonomi dan masyarakat yang disiarkan secara langsung pada 18 Januari oleh stesen televisyen tempatan dan platform media sosial.

Warga asing menetap di Malaysia bakal terima vaksin COVID-19 secara percuma. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Warga Asing Menetap Di Malaysia Bakal Terima Vaksin COVID-19 Secara Percuma

Mahu Yakinkan Rakyat, MB Kedah Tawar Diri Jadi Orang Pertama Terima Vaksin COVID-19

Giliran Ulama Islam Pula Dakwa Vaksin COVID-19 Mampu Ubah Orang Jadi Gay