Sempena menyambut ulang tahun ke 10 tahun, Vandal-A telah bekerjasama dengan Nike untuk mengeluarkan kasut istimewa khas untuk peminat Vandal dan Nike iaitu Vandal High Sneaker.

Melihat logo “OG” yang amat popular di pakaian, sneaker kolaborasi Vandal-A ini menggunakan warna buah zaitun dan oren menjadi pilihan untuk sepadankan warna “hunting season” digunakan pada kasut ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kasut ini dilengkapi dengan poket zipper pada lidah kasut, strap buckle di tempat kawasan tali kasut, lacing roped untuk melengkapkan estetika gear pemburuan ini dan perincian tambahan termasuk Swoosh kecil di hadapan kasut ini. Model ini juga mempunyai beberapa butiran tersembunyi di bahagian atas dan bawah kanvas. Berbeza dengan warna putih, model ini dilengkapi dengan tulisan ORIGINAL pada seluruh kasut.

Anda boleh melihat gambar kasut ini pada bahagian bawah, buat masa sekarang tiada lagi tarikh dan harga bilakah kasut kolabrasi akan mula dijual. Sama-sama menantikan pengumunan dari pihak Nike dan Vandal-A

vandal-a-nike-vandal-high-001

vandal-a-og-nike-vandal-high-1

vandal-a-og-nike-vandal-high-3

vandal-a-og-nike-vandal-high-5

vandal-a-og-nike-vandal-high-6

vandal-a-og-nike-vandal-high-7