Vans bukan sahaja terkenal sebagai jenama yang menghargai usaha artis seluruh dunia dengan kolaboratif beberapa hasil reka kasut terbaharu. Tetapi mereka juga terkenal dengan usaha bagi meningkatkan kualiti reka bentuk kasut keluaran mereka.

Jenama yang dilahirkan di California ini telah memulakan tahun baharu dengan kelahiran semula reka bentuk klasik pada edisi Stacked Pack – kali ini mereka tampil dengan empat reka bentuk terbaharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https—hypebeast.com-wp-content-blogs.dir-6-files-2020-01-Vans-SP20-Classics-Stacked-Pack-Lineup-8

Reka bentuk terbaharu Classic Vans ini melibatkan empat model iaitu Era Stacked, Sk8-Hi, Old Skool dan Classic Slip-On.

https—hypebeast.com-wp-content-blogs.dir-6-files-2020-01-Vans-SP20-Classics-Stacked-Pack-Lineup-7

https—hypebeast.com-wp-content-blogs.dir-6-files-2020-01-Vans-SP20-Classics-Stacked-Pack-Lineup-10

Vans berjaya menampilkan gaya baharu bagi edisi kali ini dengan mengekalkan beberapa ciri lama yang diperbaharui dengan gaya yang berbeza.

https—hypebeast.com-wp-content-blogs.dir-6-files-2020-01-Vans-SP20-Classics-Stacked-Pack-Lineup-13

https—hypebeast.com-wp-content-blogs.dir-6-files-2020-01-Vans-SP20-Classics-Stacked-Pack-Lineup-11

Era Stacked hadir dengan beberapa gaya berbeza seperti tapak yang lebih besar dan mempunyai corak gergaji dibawahnya. Begitu juga dengan Slip-On Classic, Sk8-Hi dan Old Skool  yang tampil dengan cetakan warisan – hitam putih – pada badan.

Bagi anda yang mahu mendapatkan boleh layari laman web Vans. Setakat ini dilaporkan bahawa kesemua reka bentuk terbaharu ini dijual pada harga RM300.00 dan ke atas.

Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Vans, klik pautan di bawah.

Vans Mulakan Tahun Baharu Dengan Koleksi Unik ‘Mismatch’

Vans Perkenalkan Warna Baharu Untuk Model Tahan Lasak Destruct SF

Kasut Vans Tikar Mengkuang Edisi Khas Pa’din Musa Terjual Dengan Harga RM4,902

 

Sumber