Jenama Vans dan butik BILLY’S ENT yang berasal dari Jepun baru ini telah mengeluarkan gambar kasut kolaborasi mereka iaitu koleksi ‘Pop Camo’.

Koleksi ini menawarkan tiga warna berbeza termasuk rekaan Camo yang diletakkan pada bahagian atas kasut ini. Old Skool mereka menggunakan warna kuning camo, biru camo untuk model Authentic dan akhir sekali Sk8-Hi akan menerima rekaan warna camo yang bewarna ungu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiap rekaan ini didatangkan dengan midsole berwarna putih dan tali kasut yang bewarna putih. Untuk logo tulisan Off The Wall masih mengekalkan di tempat yang sama di bahagian tumit kasut.

Buat masa ini, model ini hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun sahaja pada harga USD55 (RM225+-).

Vans pop-camo-pack-1

vans-pop-camo-pack-2

vans-pop-camo-pack-3