Vans memulakan tahun 2021 dengan ‘garang’ apabila mereka mengumumkan secara rasmi kolaborasi khas bersama band legenda, Foo Fighters yang akan berada di pasaran 29 Januari 2021.

Kolaborasi ini adalah bagi meraikan ulang tahun ke-25 album pertama Foo Fighters. Selepas terkuburnya Nirvana, pemain drum Dave Grohl bertukar posisi menjadi penyanyi untuk Foo Fighters dan terus berkarya dengan Foo Fighters hingga ke hari ini.

Dave Grohl, Taylor Hawkins, Nate Mendel, Chris Shiflett, Pat Smear dan Rami Jaffee secara terus menghiburkan peminat di seluruh dunia dan koleksi ini dilihat sebagai ‘hadiah’ buat peminat yang selama ini menyokong mereka tanpa henti. Kasut ini turut dilancarkan beberapa hari sebelum mereka melancarkan album ke-10, Medicine at Midnight yang akan keluar pada 5 Februari 2021.

Model Sk8-Hi dipilih dengan warna hitam dan benang merah menjadi pilihan warna untuk model ini. Tulisan Foo Fighters dapat dilihat pada bahagian belakang dengan logo FF besar di bahagian sisi. Emblem ’25th Anniversary Edition’ tertulis di bahagian tag lidah kasut ini.

Vans x Foo Fighters Sk8-Hi akan mula dijual pada 29 Januari 2021 di butik Vans terpilih seperti Vans Pavilion, Vans Sunway Pyramid, Vans Midvalley Megamall, Crossover dan Sole What. Penjualan di butik ini tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Model ini turut dilancarkan secara terhad di vans.com.my nanti.

Jenama AMBUSH cetus kontroversi apabila melancarkan aksesori persis kabel pengikat yang dijual pada harga setinggi RM2,000. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Percuma Sahaja Di Pasar Raya’- Aksesori Persis Kabel Pengikat Berharga RM2,000 Cetus Perdebatan

Dakwa Baju Kurung Sudah Dilupai Rakyat Malaysia, Netizen Bersatu Tempelak ‘Inisiatif’ Minah Salleh Ini