Ini adalah salah satu kolaborasi yang tidak dijangka daripada Vans. Vans bersama Muzium Van Gogh berkolaborasi untuk satu koleksi premium khas yang akan dilancarkan di seluruh dunia pada 3 Ogos depan.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Sebahagian daripada hasil jualan koleksi ini nanti akan digunakan untuk menjaga karya seni pelukis legenda Vincent Van Gogh supaya ianya sentiasa dalam keadaan elok dan terjaga.

Vincent van Gogh adalah salah seorang pelukis terhebat pernah muncul di dunia dan sepanjang hidupnya, lebih 2,100 lukisan telah dihasilkannya.

Vans telah bekerjasama secara dekat dengan Muzium Van Gogh untuk memilih lukisan yang paling sesuai untuk kolaborasi ini. Skull, Almond Blossom, Sunflowers dan lukisan wajah Van Gogh dipilih untuk koleksi khas Vans x Van Gogh Museum ini.

Vans 1

vans 2

vans 3

Ternyata koleksi ini perlu ada dalam koleksi pengumpul tegar Vans. Satu lukisan asal Van Gogh ketika ini boleh mencecah jutaan ringgit dan semestinya setiap item daripada koleksi ini akan menjadi rebutan.

Agak tipis untuk kasut ini sampai ke Malaysia dan peluang terbaik untuk anda membeli kasut ini adalah menerusi laman Vans di sini. Ini karya seni yang anda mampu beli pada harga mampu milik. Tak dapat lukisan sebenar, dapat kasut atau baju daripada koleksi ini sudah memadai. Cop or drop?

vans cover

vans 7

vans 6

vans 5

vans 4

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group