Ini bukanlah kolaborasi pertama antara Vans dan jenama heavyweight dari Jepun, WTAPS. Untuk koleksi terbaru antara dua jenama ini, motif army dikekalkan dan antara sentuhan unik WTAPS untuk koleksi kali ini adalah rekaan logo api untuk model SK8 High.

4 model kasut akan dilancarkan disamping baju, jaket serta hoodie yang boleh dibeli untuk digayakan bersama kasut Vans x WTAPS anda ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Blk6dRTHV1Z/?taken-by=wtaps_tokyo

https://www.instagram.com/p/Blk6ZtInd5T/?taken-by=wtaps_tokyo

Crossover Malaysia adalah butik yang akan menjual koleksi Vans x WTAPS ini pada hari Sabtu ini (28 Julai 2018). Harga untuk koleksi ini bermula dari USD58 (RM235+-) sehingga (RM721+-) bergantung kepada produk yang anda mahukan.

Jika berminat untuk mendapatkan koleksi unik ini, jangan lupa beratur di Crossover Malaysia pada hari Sabtu ini. Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini, anda boleh tekan di sini.