Koleksi terbaharu Vans ini nampaknya mendapat perhatian yang baik daripada peminat seluruh dunia. Bagi meningkatkan kesedaran untuk autism, Vans telah melancarkan koleksi sensory inclusive yang sangat membantu anak autisme.

Autism Awareness Collection ini hadir dengan beberapa rekaan unik dan menarik untuk dipilih. Material yang digunakan untuk setiap model juga sangat berbeza dan boleh memberi keselesaan serta keseronokan buat sesiapa sahaja yang memakainya.

“Sejak 1966, kami sentiasa menyokong self expression. Untuk project terbaharu ini, ia direka khas untuk golongan Autism Spectrum Disorder (ASD) di mana koleksi ini hadir dengan elemen sensory-inclusive; pilihan warna yang lebih ‘tenang’ serta material kasut ini juga sangat menarik untuk disentuh,” kata wakil daripada Vans.

Rata-rata peminat Vans juga dilihat terharu dengan usaha murni Vans ini dan ibu bapa yang mempunyai anak autisme juga sangat gembira adanya koleksi seperti ini untuk anak mereka.

Vans juga turut akan memberi sumbangan USD100,000 (~RM427,000) untuk A.Skate, organisasi yang membantu anak autisme bersosial menerusi sukan skateboarding. Koleksi ini sedia untuk dimiliki dan sudah berada di butik Vans terpilih seluruh Malaysia.

P/S: Koleksi edisi khas Vans x Pilgrim Surf Supply Collection juga sudah berada di butik Vans berhampiran anda. Boleh check it out bersama koleksi Vans Autism Awareness Collection ini nanti.

Ini pula perkongsian seorang bapa mengenai cabaran serta pengorbanan beliau dalam membesarkan anak autisme. Baca lagi tentangnya pada artikel di bawah.

Tonton Perkongsian Lelaki Ini Mengenai Cabaran Dan Pengorbanan Membesarkan Anak Autisme

Ahmad Danish Buktikan Autisme Bukan Penghalang Kuasai Hafazan Al-Quran

Demi Anak Autisme, Ibu Ini Sanggup Menukar Cara Hidup