Sebelum ini Vans dan Harry Potter tampil dengan 4 rekaan kasut yang mewakili setiap rumah yang ada di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Kini, Vans dan Harry Potter kembali dengan koleksi kasut yang boleh direka sendiri. Pastinya peminat siri Harry Potter akan teruja dengan berita ini.

Menariknya, anda boleh memilih dan reka sendiri kasut anda dengan rekaan yang disediakan. Terdapat dua pilihan corak berinspirasikan Harry Potter yang anda boleh pilih dan ia tampil dua pilihan warna iaitu putih dan hitam. Malah, model yang boleh dipilih terdiri daripada Authentic, SK8-Hi, Era dan Slip-On.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot 2019-07-04 at 5.38.53 PM

Untuk pengetahuan anda, koleksi customs ini kini telah tersedia di laman sesawang Vans dan harga untuk koleksi ini bermula dari $95 (~RM392.57) sahaja. Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat di sini.

1

2

3

4