Vans tampil dengan 6 koleksi kasut ‘satin brocade’ yang akan mula berada di pasaran esok. Model kasut yang digunakan untuk koleksi ini adalah Vans Classic Slip-On, Old Skool dan Sk8-Hi Reissue.

Terdapat tiga model Slip-On Classic yang boleh dipilih yang dihiasi cetakan penuh pada kasut. Bagi model Old Skool, ia hadir dengan material suede yang berwarna emas dan dihiasi satin pada bahagian sisi kasut. Sk8-Hi Reissue melengkapkan koleksi ini untuk anda yang meminati kasut high cut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Koleksi Satin Brocade ini boleh didapati pada 6 Disember di kedai Vans terpilih iaitu Vans Sunway Pyramid, Pavilion, KLCC, 1 Utama, Pahlawan, Tebrau & Sky Avenue Genting dan Vans Dealers terpilih. Harga untuk koleksi ini bermula dengan harga RM279.

HO18_Festival_Satin_Slip-On_red_black_0406-682×1024

HO18_Festival_Satin_SlipOn_gold_gold_0879-1024×682

HO18_Festival_Satin_SlipOn_black_black_1089-1024×682

HO18_Festival_Satin_SK8Hi_red_black_0378-682×1024

HO18_Festival_Satin_SK8Hi_black_gold_0081-1024×682

HO18_Festival_Satin_Old_Skool_Gold_Gold_0185-1024×682