Nampaknya satu rekaan retro daripada koleksi Vans kini membuat kemunculan semula. Model ini mempunyai sidestripe yang lebih tebal di bahagian tepi berbanding model Vans yang lain.

Bold Ni hadir dengan teknologi footbed UltraCush yang akan memberi keselesaan yang paling maksima untuk kegunaan harian. 3 pilihan warna dihasilkan untuk model Bold Ni ini iaitu merah, biru dan hitam.

Menurut laman Vans Malaysia, ianya sudah dijual di semua butik Vans dengan harga pasaran RM279. Buat peminat tegar Vans, model ini perlu ada dalam koleksi anda.

HO18_Classics+_VN0A3WLPOS7_BoldNI_Stapleblack truewhite_Elevated

HO18_Classics+_VN0A3WLPULC_BoldNI_Stapleracingred-truewhite_Elevated

HO18_Classics+_VN0A3WLPULD_BoldNI_Stapletrueblue-truewhite_Elevated