Sekiranya anda mencari sepasang sneakers yang selesa tetapi sesuai untuk dipakai dalam apa sahaja keadaan, Vans ada jawapannya.

Vans Trek Slip-On ini adalah model baharu daripada Vans yang diperbuat sepenuhnya daripada material getah Thermoplastic polyurethane (TPU) dan diperkenalkan di bawah Vans Surf. Tetapi disebabkan ia merupakan model all purpose, ia turut boleh digunakan untuk kegunaan harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan oleh bahan yang digunakan untuk pembuatan kasut ini, ia cepat untuk kering dan selesa untuk dipakai. Praktikal seperti Crocs, cuma lebih bergaya ketika disarung.

Kami merasakan para rider penghantaran makanan pasti sukakan kasut ini. Jika terperangkap dalam hujan sekali pun, kasut ini cepat kering dan mudah untuk disarung.

Vans Trek Slip-On cuma boleh didapati di butik Vans Malaysia Sunway Pyramid dan Pavilion KL serta dalam talian. Cumanya pada ketika ini model ini sudah hampir sold out di semua lokasi. Harapnya Vans Malaysia akan restock model ini tidak lama lagi kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Baru-baru ini, kasut custom Nike ini telah berdepan kontroversi dan pihak Nike mahu menyaman perekanya. Baca lagi pada pautan di bawah.

Guna Darah Manusia Sebenar, Nike Saman Pembuat Model ‘Satan Shoes’

Naib Presiden Nike Letak Jawatan Selepas Terpalit Skandal Bisnes ‘Reseller’ Milik Anaknya