Di Jepun, bukan sahaja anda akan jumpa dan beli makanan dan minuman yang tiada di tempat lain, begitu juga dengan kasut dan Vans Indigo Pack ini juga salah satu contoh.

BACA:
Coca-Cola Hasilkan Air Kopi Yang Hanya Dijual Untuk Pasaran Jepun

Vans Japan bulan ini melancarkan edisi khas Indigo Pack. Terdapat 3 variasi model yang boleh dipilih iaitu Slip-On, Old Skool dan Sk8-Hi. Teknik vintaj Jepun untuk dye(warna) fabrik atau kulit digunakan untuk mewarnakan permukaan biru pada kasut ini. Teknik inilah yang buatkan edisi khas Indigo Pack ini lain daripada yang lain.

Seperti juga seluar jeans, disebabkan proses buatannya yang unik, kasut ini pastiknya akan lebih cantik dan mengikut karakter si pemakai jika dipakai kerap. Ianya akan dilancarkan di Jepun pada 23 September dengan harga sekitar USD65- USD79 (lebih kuranag RM271 – RM330).

Khabarnya butik kasut di seluruh dunia yang mempunyai akaun eksklusif Vans juga akan dapat siri ini tetapi agak tipis peluang untuk kasut ini sampai ke Malaysia. Kalau anda betul-betul minat, boleh minta rakan yang ada di Jepun untuk tolong belikan. Sarung kasut ini dengan jeans Samurai atau Momotaro, pasti handsome.

vans i2

vans i3

vans i4

vans i5

vans i6

vans i7