Kasut Vans bukan sahaja menjadi pilihan para skaters tetapi juga buat penunggang sukan BMX. Vans pertama kali menghasilkan koleksi khas untuk BMX adalah pada tahun 1979. Sempena 40 tahun kerjasama Vans dalam sukan ini, satu koleksi khas bagi meraikan koleksi original BMX dan Vans akan dilancarkan pada 8 Ogos 2019

Vans BMX 40th Anniversary Pack ini akan menampilkan koleksi kasut dan pakaian dengan warna hijau neon dipilih bagi memberikan feel vintaj tahun 1980an. Model Sk-8 Hi turut akan hadir dengan warna biru putih untuk anda yang mahukan kasut dengan pilihan warna yang tidak terlalu meriah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

FA19_Classics_BMX40th_MENS_NORA_LOOK_01_1237

FA19_Classics_BMX40th_MENS_NORA_LOOK_01_1286

FA19_Classics_BMX40th_MENS_NORA_LOOK_01_1319

FA19_Classics_BMX40th_WMNS_LOOK_01_0632

Corak ikonik ‘checkerboard’ dapat dilihat pada setiap item dalam koleksi ini. Vans BMX 40th Anniversary Pack Ini akan berada di butik Vans seluruh Malaysia pada 8 Ogos ini. Kami tahu scene BMX di Malaysia besar dan koleksi ini pastinya akan laris bila ianya keluar nanti.