Tanpa dijangka Vans dan Warner Bros. Consumer Products bakal melancarkan koleksi khas untuk filem seram popular terbitan Warner Bros pada 1 Oktober ini.

Setiap model kasut, aksesori dan juga pakaian dalam koleksi ini diinterpretasikan daripada watak-watak terkenal yang ada dalam filem The Shining, The Exorcist, The Lost Boys, Friday the 13th, Nightmare on Elm Street dan IT.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Watak yang sangat dekat di hati peminat antaranya Freddy Krueger, pasangan kembar dari filem The Shining dan Jason Voorhees dapat dilihat menghiasi koleksi hebat ini.

Vans x Horror ‘The Lost Boys’
Vans x Horror ‘The Exorcist’
Vans x Horror ‘The Shining’
Vans x Horror ‘IT’
Vans x Horror ‘Nightmare On Elm Street’
Vans x Horror ‘Friday The 13th’

Di atas ini hanyalah sebahagian daripada koleksi penuh Vans x Horror Collection. Antara model yang paling dinantikan pastinya Sk-8 Hi ‘Freddy Krueger’ yang mengingatkan kami kepada model Nike SB yang diharamkan satu ketika dahulu.

Bukan itu sahaja, fleece pullover dengan grafik topeng hoki glow-in-the-dark dan beg sandang Elm StreetWard pasti akan menjadi rebutan peminat. Untuk kasut pula, koleksi ini menampilkan model Classic Slip-On, Slide-On, Slip-Skool, Old Skool dan Style 47 Creeper yang boleh dipilih mengikut kesesuaian gaya anda.

Untuk anda yang berminat, koleksi ini akan dilancarkan secara rasmi pada 1 October 2021 di cawangan Vans Malaysia berdekatan anda dan untuk maklumat lanjut boleh ke laman dalam talian Vans Malaysia.

Ini pula beberapa perkongsian lain berkaitan jenama Vans. Baca lagi pada pautan di bawah.

Vans Umum Koleksi Global Khas Bersama Artis Dari Kuala Pilah, Kide Baharudin

Vans EVDNT Ultimatewaffle, Kasut Epik Yang Dibuat Bukan Untuk ‘Skate’

Kasut Cun Tapi Ada Pigskin? Perbezaan ‘Collab’ Vans x Neighborhood & Vans x Patta