Masih lagi panas dengan kolaborasi Metallica minggu lagu, Vans melancarkan pula koleksi terbaru bersama Nickelodeon untuk kartun popular mereka, SpongeBob Squarepants. Siapa sahaja yang tidak kenal kartun awesome ini kan?

Koleksi ini akan hadir dengan kasut, baju dan aksesori. Dua model Sk8-Hi, satu model authentic dan satu model Slip-On akan dilancarkan. Anda boleh lihat Patrick, Spongebob, Mr. Krab dan ramai lagi warga Bikini Bottom membuat kemunculan dalam koleksi ini.

Namun koleksi ini adalah tersangat-sangat terhad kerana di bawah koleksi Vault. Ianya hanya akan dijual di butik Vans Vault. Yang paling dekat ada di Dover Street Market Singapura. Koleksi ini akan dijual pada harga USD46 hingga USD260 (RM180 – RM1012+-) Pada 24 Februari ini. Kalau anda ada rakan di Singapura, boleh minta orang belikan. Are you ready kids?

vans Spongebob

vans Spongebob 2

vans Spongebob 3

vans Spongebob 4

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤