Jenama Vans baru-baru ini telah tampil dengan kelainan untuk rekaan terbaru model Vans Old Skool mereka. Kali ini mereka mengambil sedikit elemen dari Slip On dengan menggantikan rekaan laces kepada rekaan zip.

Rekaan kasut ini sesuai untuk golongan yang malas ikat tali dan buka tali kasut mereka dan ia amat memudahkan. Vans juga meletakkan slogan terkenal mereka iaitu Off The Wall di bahagian zip kasut ini. Terdapat tiga warna pilihan untuk model ini iaitu merah, biru dan hitam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Vans Zip Up Model Old Skool ini buat masa sekarang dijual di pasaran Jepun dengan harga $73 (RM 295). Untuk pasaran antarabangsa masih belum ketahui bila akan dikeluarkan, kami harap model ini masuk Malaysia disebabkan rekaan dia agak cool.