Semuanya bermula dengan model ‘Era’ bagi Vans. Model Vans #95 yang diperkenalkan buat pertama kali pada 1976 kemudiannya menjadi fenomena dan menjadi pilihan skateboarders di seluruh dunia.

Pada awalnya, hanya dua tona warna diperkenalkan untuk setiap kasut tetapi disebabkan permintaan tinggi untuk rekaan warna dan corak unik, Vans memperkenalkan servis mix and match untuk setiap kasut Era yang dibeli.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Vans 1

Bagi mengimbau kembali zaman kegemilangan proses customization unik ini, maka terhasillah koleksi ‘Mismatch’. Selain Era, model Classic Slip-On dan Style 36 turut dipilih untuk koleksi ini. Anda boleh lihat tiada panel warna yang sama pada kedua-dua belah kasut. Corak ikonik seperti zebra dan camo menambahkan lagi keunikan koleksi ini.

Vans ‘Mismatch’ Collection akan berada di butik Vans seluruh Malaysia bermula 9 Januari 2020. Gayakan model ini, pasti ramai yang akan memerhati anda nanti.

Sekiranya anda mencari model Vans yang lebih tahan lasak, anda boleh mendapatkan model Destruct SF ini.

Vans Perkenalkan Warna Baharu Untuk Model Tahan Lasak Destruct SF

Kasut Vans Tikar Mengkuang Edisi Khas Pa’din Musa Terjual Dengan Harga RM4,902

Anda Mungkin Suka