Pa’din Musa merupakan skateboarder Malaysia yang terkenal dan kuat pengaruhnya di kalangan skateboarder di Malaysia. Pada peminat kasut jenama Vans ada berita baik untuk anda. Jenama antarabangsa, Vans dari Amerika Syarikat akan mengeluarkan kasut signature Vans khas Pa’din Musa.

Lebih menarik lagi Pa’din merupakan skateboarder tempatan pertama yang mempunyai signature shoes bersama Vans. Kasut Vans edisi khas Pa’din ini akan hadir dengan dua model iaitu Old School Pro dan Authentic Pro, dua model kegemaran Pa’din sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

vans 3

Warna dipilih oleh Pa’din sendiri warna hitam dan sitrus yang mengambil inspirasi daripada jersi lumba vintaj. Bahagian tepi kasut juga dipadankan dengan corak tayar motosikalnya. Tapak waffle pula melambangkan penghadang jalan raya, dan paling istimewa adalah tulisan tangan anak-anak Pa’din yang dicetak pada bahagian dalam kasut tersebut. Ia merupakan tulisan dua orang anak lelakinya Fahim dan Fayadh.

Pada masa sama, Vans akan menayangkan dokumentari bertajuk ‘Demi’ mengenai perjalanan hidup Pa’din sebagai skateboader dan di tayangkan di youtube saluran rasmi Vans pada 27 november ini. Oh ya kasut ini akan di jual pada 2 Disember di Vans Store Malaysia, Singapura dan penjual Vans Pro skate terpilih. Akan dijual pada harga RM299 (Authentic Pro) dan RM319 (Old Skool Pro) Tahniah Pa’din!

Vans 1

vans 2

vans 4

vans 5

Sumber