Siapa di sini peminat Vans? Untuk anda yang inginkan keselesaan dan tahan lama, anda boleh berbelanja lebih sikit untuk koleksi terbaharu Vans iaitu Off the Wall Tee.

Koleksi Off the Wall Tee ini sudah berada di pasaran pada 5 Mac 2020 dan koleksi ini hadir dengan 6 pilihan warna termasuk putih, hitam dan fuchsia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, t-shirt premium ini menggunakan benang Sturdy Spun dimana ia akan tahan lebih lama dan mengurangkan pengecutan. Malah, cetakan interior waffle pada baju akan memastikan penggunanya kekal selesa dan kering.

T-shirt ini tampil dengan rekaan yang minimalis dan pastinya sesuai untuk dipakai setiap hari. Anda boleh berasa ‘fresh’ walaupun aktif sepanjang hari tanpa rasa melekit.

Anda boleh dapatkan koleksi ini di butik Vans atau lebih mudah beli sahaja secara atas talian dan harga koleksi Off the Wall Tee ini adalah $34.50 (~RM143) sahaja.

SP20_OffTheWallTee_Beatrice_1074

SP20_OffTheWallTee_Beatrice_1081

SP20_OffTheWallTee_Beatrice_1116

SP20_OffTheWallTee_Beatrice_1202

Tidak lengkap gayakan t-shirt ini tanpa kasut Vans, bukan? Klik pautan di bawah untuk lihat koleksi kasut Vans, mana tahu boleh ‘grab’ satu.

Vans Bentangkan Reka Bentuk Baharu Bagi Koleksi Klasik Stacked Pack

Vans Hadir Dengan Koleksi Kasut Harry Potter ‘Customs’

Model Dua Dalam Satu Vans Slip-Skool Kini Boleh Didapati Di Malaysia