Vans hadir dengan model serba baharu yang lebih menfokuskan pengembaraan dan kegunaan harian, Destruct SF. model all-terrain ini diberi kemasan yang lebih ‘kebal’ supaya ia dapat tahan lama.

Panel getah tambahan ditambah di sekeliling kasut untuk memberi ketahanan yang lebih kepada kasut ini. Bukan itu sahaja, tapak kasut ini yang persis kasut but juga dipilih supaya ia dapat memberi traction tambahan untuk setiap permukaan tanah yang anda pijak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Permukaan dalamnya pula ditambah insole UltraCush untuk keselesaan berpanjangan kepada pemakai. Model ini sudah pun boleh dibeli di butik Vans berhampiran anda pada harga RM359. Untuk sepasang model yang anda boleh pakai bertahun lamanya, kami rasa harganya ‘kena’ dengan fungsinya.

P/S: Ketika ini Vans sedang membuat tawaran ‘Beli 2 Kasut Percuma 1 Hoodie’ dan ketika ini adalah masa terbaik untuk anda membuat pembelian mana-mana model Vans. Memang sangat berbaloi.

Koleksi khas Pa’din Musa untuk Vans Checkered Day telah berjaya dijual pada harga RM4,902. Anda boleh baca tentangnya lagi di sini.

Kasut Vans Tikar Mengkuang Edisi Khas Pa’din Musa Terjual Dengan Harga RM4,902

Vocket Terjah: House Of Vans 2019 ‘Rumah Terbuka’ Paling Epik Tahun Ini