Selepas koleksi edisi khas bersama Pa’din Musa dan Kide Baharudin, Vans Malaysia sebentar tadi berkongsi pula pandang pertama koleksi Edisi Terhad Vans x Kafe Tuju.

Kafe Tuju bukan hanya tempat untuk penggemar kopi tetapi tempat untuk peminat muzik dan seni bertemu. Terletak di kawasan tenang di Kampung Pantai, Melaka, Kafe Tuju yang diasaskan oleh pasangan suami dan isteri – Juliana Nazar & Qamar Zamri telah menarik ramai anak muda untuk menjadikan Kafe Tuju sebagai tempat persinggahan untuk melepak dan sesi bertukar idea kreatif sejak ia dibuka pada 2019.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain kopi dan menu ikoniknya Padang Bowls (nasi dengan lauk dilumur cili yang lazat), Kafe Tuju sering dipilih untuk penganjuran acara fesyen, seni dan persembahan muzik oleh para pereka fesyen, pemuzik dan artis tempatan kerana ambience kafe tersebut yang tenang.

Meraikan ‘hometown heroes’ dan gelombang perubahan yang dibawakan Kafe Tuju ke dalam scene lokal di Melaka, koleksi Vans x Kafe Tuju ini menampilkan koleksi edisi terhad bagi 3 model Authentic 44 DX Anaheim Factory Pack.

Ada 3 pendekatan berbeza bagi 3 pilihan warna yang ada. Rekaan Black Authentic oleh Aaron Chua yang berasal dari Melaka, Qamar Zamri co-founder Tuju memberikan pendekatannya untuk Classic White dan Racing Reds yang disesuaikan dengan elemen Cruisin ‘The Straits.

Koleksi eksklusif ini akan tersedia di Anaheim Factory Pop-up Store (di depan Kafe Tuju) dari 4 Mac hingga 12 Mac 2023. Semasa tarikh ini, anda berpeluang makan Vans Waffles Onde Onde yang disediakan oleh Vans Malaysia. Lock tarikh ini dan jom ke Melaka!