Ketika pengumuman kolaborasi antara Vans dan Harry Potter dibuat bulan lalu, ramai yang teruja dan tidak sabar untuk melihat koleksi kolaborasi penuh Vans x Harry Potter ini terutamanya peminat setia Harry Potter.

Vans baharu sahaja berkongsikan kepada umum 4 rekaan kasut yang mewakili setiap rumah yang ada di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. 4 model kasut Vans yang berbeza akan mewakili setiap rumah iaitu Sk8-Hi untuk Gryffindor, Era untuk Slytherin, Authentic untuk Ravenclaw dan Classic Slip-On untuk Hufflepuff.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain kasut, koleksi aksesori juga akan turut hadir dalam koleksi ini namun masih belum dikongsikan oleh pihak Vans. Anda boleh ke laman khas Vans x Harry Potter ini terlebih dahulu untuk menerima notifikasi bila koleksi penuh ini akan berada di pasaran. Antara 4 model ini, mana satu yang bakal disarungkan di kaki anda?