Pastinya peminat jenama Vans dan peminat siri filem Harry Potter akan teruja dengan berita ini. Vans dan Harry Potter bakal tampil dengan kolaborasi khas untuk peminat Harry Potter yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dibuat Vans melalui Instagram dan dikhabarkan koleksi ini bakal dijual dalam kuantiti yang terhad. Koleksi ini akan menampilkan corak yang menonjolkan 4 panel untuk setiap rumah utama di Hogwarts School iaitu Ravenclaw, Hufflepuff, Slytherin dan Gryffindor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harry Potter x Vans

Kolaborasi tersebut akan menampilkan produk kasut, pakaian dan aksesori yang pastinya akan diberi sentuhan magik. Walau bagaimanapun, tiada maklumat rasmi dan rekaan rasmi yang diperlihatkan buat masa ini. Expecto Patronum!