Ia adalah mimpi jadi kenyataan buat artis dan pelukis Kide Baharudin apabila diberi peluang untuk menghasilkan koleksi khas bersama jenama kasut terkemuka dunia, Vans.

Lebih membanggakan, ini adalah koleksi penuh pertama (head to-toe collection) buat artis dari Malaysia untuk jenama tersebut. Koleksi ‘panas’ Vans x Pa’din Musa sebelum ini hanyalah terhad untuk kasut sahaja tetapi tidak bagi Kide.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Koleksi Vans x Kide ini diinspirasikan sendiri daripada kisah hidup beliau yang sentiasa tenang, penuh warna dan menyeronokkan di Kuala Pilah. Jika anda ke butik Vans di Pavilion Kuala Lumpur, anda sebenarnya sudah diberi ‘hint’ oleh Vans tentang koleksi ini menerusi rekaan Kide yang menghiasi butik tersebut.

“Ketika mengayuh basikal di sekitar pekan saya, saya sangat suka dan mengamiti setiap keunikan bandar dan kampung di Kuala Pilah,” kata Kide. “Saya suka berimanginasi tentang pekan ini ketika tahun 1950-an, 60-an dan 70-an. Saya membuat kajian berdasarkan cerita daripada orang tua saya, filem dan banyak lagi. Daripada informasi itu, saya melukisnya atas kanvas,” tambah Kide.

Koleksi Vans x Kide Bahahrudin ini akan hadir dengan kasut, topi, seluar pendek, baju kemeja, beg dan juga t-shirt. Semuanya dihiasi dengan corak lukisan trademark Kide. Kide memilih model Slip-On SF kerana ia merupakan model yang unik dan sesuai untuk digayakan ke mana sahaja.

SP20_Surf_Kide_9P7A2549

vans product 1

vans product

SP20_Surf_Kide_ElvCollection_504

Koleksi penuh Vans x Kide Baharudin

Permukaan belakang kasut ini mudah untuk dilentur dan dipijak untuk memudahkan anda menyarungnya. jadi, anda boleh gayakan kasut ini ke mana sahaja ikut cara anda. Model Authentic SF dan sandal dengan rekaan grafik Kide turut akan dijual bersama-sama Slip-On ini.

Koleksi Vans x Kide Baharudin akan berada di pasaran pada 8 Mei 2020 ini. Jom rakyat Malaysia kita beri sokongan kepada koleksi epik ini. Tahniah anak muda!

Kemaskini: Koleksi Vans x Kide Baharudin akan dilancarkan secara rasmi pada 10 pagi esok. Sila ke www.vans.com.my untuk membuat pembelian. Beli awal mana tahu ada item yang anda minat dalam koleksi ini sold out jika lambat.

Kide merupakan pemenang Vans Custom Culture Interative sebelum ini dan kreativiti beliau sangat menarik perhatian pihak Vans sehinggalah terhasilknya koleksi ini. Baca lagi tentang Kide pada pautan di bawah.

Bagaimana Vans Bantu Pelukis Dari Kuala Pilah Ini Tempa Nama Di Peringkat Antarabangsa

Lihat Kasut Vans x Pa’din Musa Dengan Lebih Dekat

UltraRange EXO, Model Paling Selesa Dan Ringan Daripada Vans Setakat Ini

Anda Mungkin Suka